MyDE&DP

cdntg

Pandangan & Komentar CheDet Tentang Dinar Emas;

…Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan Dinar Emas yang saya cadangkan…

1. Saya telah cadangkan dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja.. Saya tidak pernah cadangkan dinar emas digunakan sebagai mata wang mana-mana negara untuk kegunaan harian.

2. Walaupun harga emas lebih stabil dari mata wang tetapi nilai emas juga bergerak.. Semasa Perjanjian Brettonwoods.. 1 auns emas bernilai $35 Dolar Amerika.. tetapi sekarang 1 auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika.. ini bermakna nilai Dolar Amerika telah jatuh dan susut dengan teruk.. namun untuk dagangan antarabangsa Dolar Amerika masih diguna.

3. Jika 1 syiling emas diberi nilai 1 Ringgit Malaysia hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai 1 Ringgit Malaysia.. mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit Malaysia.. syiling emas akan disimpan.

4. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran.. walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluarkan dinar emas pada akhirnya akan habis emas yang disimpan.. inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.

5. Mekanisma yang lain akan digunakan untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas.. simpanan mata wang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilainya akan mengikut harga emas dalam pasaran.

6. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.

7. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.. dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan.. hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu.

8. Jika nilai import adalah sama dengan eksport.. bayaran tidak perlu dibuat.. ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).

9. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi.. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti.

 

 

Chedet

MyMJC

Imej“…kuli bawahan… kuli pertengahan… kuli peringkat tinggi… kuli tahap elit… kuli aras atasan…”

Dah banyak kali aku membaca dan cuba memahami segala isi kandungan dalam Mukaddimah Jigsclue tu.. semakin banyak dibaca semakin bertambah pemahaman aku tentang apa yang sedang berlaku sekarang.. baik dari segi cuaca negara kita yang tidak menentu ni hinggalah pada apa yang aku hendak dan akan makan.. suasana malam pun dah tak statik dan stabil seperti waktu aku masih hingusan dulu.. bahasa mudah tak tenang.. dengan kecepatan peredaran masa dan jarak mendekat yang kadangkala membuatkan aku terkejut dan terkedu.. eh! dah pagi??? eh! dah masuk waktu??? eh! dah rehat??? eh! dah sampai??? eh! dah nak balik??? pertanyaan seperti ini seringkali bermain dan berbisik di dalam hati aku.. itupun berlaku jika aku perasan.. kalau aku tak perasan dek kerana terlalu ralit dengan tugasan hakiki yang berderet dalam bakul masuk atas meja aku ni.. haram mandang nak tanya.. cukup masa.. balik.. letak alat tulis pada tempatnya.. kemas apa yang patut.. periksa mana yang tertinggal.. pakai apa yang perlu.. terus cabut balik..

“…kebenaran kadangkala RACUN bagi yang tidak memahaminya…”

Ya, kadangkala juga RACUN itulah yang akan menjadi PENAWAR apabila telah sampai waktunya.. masalahnya sekarang BILA??? masa terus berdetik.. jam dah berapa kali berbunyi tu.. aku sepatutnya dah dibuai mimpi-mimpi yang aneh dan pelik waktu ni.. tetapi tidak malam ni.. jari dengan tangan.. sama-sama bertindak mengikut apa yang terlintas di benak pemikiran aku yang berserabut dan berkecamuk ni.. PUNCA??? Isu Jigsclue itulah.. isu itu yang membuatkan aku ligat berfikir.. terus berfikir.. dan lagi.. dan lagi.. lagi.. seolah-olah aku perlukan input untuk terus mengekalkan kesedaran minda yang memang telah hanyut beribu-ribu batu nautika di alam misteri ni.. aku memang minat sejarah.. cukup-cukup minat.. aku masih ingat lagi pada Hikayat Malim Deman yang pernah aku jadikan kawan tidur sewaktu aku masih di darjah 3 dulu.. sampaikan kakak aku yang nombor 7 dalam adik beradik aku menegur tentang apa kesudahannya aku dengan buku tu.. bukan masuk periksa pun.. katanya.. pada waktu tu apa yang aku boleh jawab dan buat hanya pekakkan telinga.. buat muka selamba.. dalam hati aku berbisik.. dah ni je buku yang ada dalam rumah ni yang boleh buat aku mengenal huruf dan ayat-ayat peringkat bangsawan.. zaman dulu-dulu.. zaman ada kayangan.. zaman yang penuh dengan mantera dan dogma.. setiap suku kata ada maksud tersirat dan tersuratnya.. setiap gerak bahasa ada intonasi dan lenggok gaya susunan ayatnya boleh membuatkan aku berfantasi.. zaman aku masa tu bukan ada Harry Potter dalam bahasa melayu.. bukan ada novel-novel cinta yang bunga-bunga dan cantik kulitnya.. tapi isi dalam PURA-PURA.. mana ada semua tu.. hikayat dan riwayat tu je lah pun yang aku berminat nak menyelak sehelai demi sehelai sampai habis.. kalau dah habis pun.. aku campak sekejap je atas tilam busuk aku yang dulu tu.. bosan tengok jalan depan rumah tu.. aku capai balik.. baca dari mula.. walaupun dah hafal ayat pertamanya pun.. masih juga hendak diejanya lagi.. hahahahahaha.. terkenang semua tu.. aku rasa jahil lagi aku tentang apa yang sedang berlaku sekarang di luar sana..

M.O, LodgeKeeper, Lonecryer, Hermit, SriKandi, Seri, Siti dan entah sesape lagi yang masih misteri tu terus berjuang dan mengupas teori-teori konspirasi dunia ni.. aku pulak masih di sini.. tak tau nak bermula dari mana.. takde sumber.. takde yang boleh dijadikan teman bicara.. takde yang boleh diajak bertanya.. lepas baca.. simpan sendiri.. bila sembang.. kene maki.. apa ni??? konspirasi??? fantasi.. realiti.. itu yang aku rasa..

“…selamat mengharungi ketidakpastian dunia ini dan segala pancarobanya…”

mungkin jua ada KEBENARAN-NYA..

MySGW250cc

image

Bersedia semua pelagak ngeri dan hardcore serta hantukepala team rider SUZUKI machine-goner-with-smoke..

Kemunculan model baru 250cc yang akan menggegarkan setiap highway yang ada di Malaysia ni..

Kawasaki Ninja dan Honda CBR pasti akan menjeling nakal jika Suzuki GW ni mula berderum..

Sesaper yang hard fan Suzuki Machine dah boleh mula kumpul emas..

Tak lama dah ni..pikul sebijik bawak balik umah..pehtu try kat litar o trek o jalanraya bebas trafik jammed..rasa sendirik seram ke tak ride motor ni..

Alangkan TXR standard pun ramai yang jelas jeles..inikan pula Baby-King..dengan kuasa tujahan yg berganda..

Aishwarya Rai pun akan tersenyum menggoda bila motobikes ni lalu melintas di hadapannya..apatah lagik Preety Jhangiani..lagi haruan beb..hahaha..

Aku pun nak pikul sebijik bawak balik..cuma kene dapat lampu ijau orang umah dulu la tapi..hohoho..

My7FST

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden ‘New York Academy Of Sciences’ yang pertama kali terbit di dalam Reader’s Digest Januari, 1948; kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbitkan semula di dalam Reader’s Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran Tuhan Yang Maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keAgungan Maha Pencipta. Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama;

Dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan Yang Maha Bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematiknya, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6, 7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1 dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas muka bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malamnya pula kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua;

Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah manifestasi akan kewujudan Yang Maha Bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya; akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, Pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada, artis yang merekabentuk setiap dedaunan untuk setiap pepohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bau2an kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu; dengan berbuat demikian, proses tersebut menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mendapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa; amat berkuasa tetapi terlalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.

Tetapi, siapakah yang telah mewujudkan kehidupan itu sendiri!? Fikirkan..

Ketiga;

Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keAgungan Maha Pencipta yang memasukkan naluri ke dalam haiwan. Ikan salmon contohnya; menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan.

Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali!?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang arus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi.

Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana tempat serata dunia – dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan – semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu; kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal – ini yang menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini!? Anda renungkan..

Keempat;

Manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan – keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal Yang Maha Bijaksana. Anda tau apa itu gitar, bagaimana bunyinya, bentuknya, iramanya, melodinya!? Nah..telah terbukti bukan..!?

Kelima;

Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin – keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat, ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya; kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil!? Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mikroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Yang Maha Agung – hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa!?

Keenam;

Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan dan menguasai dunia ini!? Ini adalah kerana meraka tidak mempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah tumbesaran tubuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar di mana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!?

Ketujuh;

Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada Tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohanian. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan Tuhan adalah segala-galanya dan Tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keAgungan Tuhan dan ciptaan-NYA.

Apa jua penilaian anda..itu adalah hak milik peribadi anda..saya dengan prinsip kepercayaan saya..dan anda juga mempunyai prinsip kepercayaan anda sendiri..tetapi jika anda MUSLIM..kita adalah bersaudara..ilmu putih ini sekadar menyampaikan apa jua informasi yang boleh dicerap dan diadaptasikan dalam hidup sebagai manusia yang mempunyai iman..ketahuilah..setiap apa yang berlaku di dunia ini..ada sebab dan musababnya..kepada rakyat JEPUN..GAMBARIMASHIO ISHONI KUDASAI..

MyESF

Aku tak sangka sungguh instinct yg Tuhan kurniakan pada aku ni cukup kuat..maksud aku dari segi ketepatan ramalan..pernah kan rasa macam arini nak jumpa sangat seseorang tu..tak kisah la sesape pun yg pasti kita kenal dia rapat..jadi tengah jalan2 tu tetiba kita perasan seseorang yg sama dengan kriteria orang yg kita kenal rapat tu..dia tak perasan kat kita..kita nak tegur takut salah orang..kemaluan la pulak nanti kan?

Hurm..patutlah call tak dapat2..rupenya dah leh jumpa depan mata..eh tapi dia dengan sape tu yerk? Nak tegur ke taknak? Ahh tak payah la..buat tak kenal je lah..ni kuala lumpur maa..jiran kat kampung pun tak bertegur kalau terserempak kat sini..bodoh punya prinsip..kerek nak mampus..kat kampung pandai pulak bagi salam..tanya khabar..dunia..kadang tu kita yg tegur dulu..dia leh wat tak kenal pulak..haram kejadah..tunggu la bahan kat kampung nanti..

Tau la kat sebelah baik punya couple ada duduk..wahhh..bukan main mesra lagik..tunggu la..kita tengok sejauh mana akhlak dia yg kita jarang perasan atau nampak kat kampung..pergh!!!? Siap ada adegan romantis tu..hangat bercinta kot ni..tapi kat kampung bila tanya..haram single bujang terang jelas katanya..suci jer..najis kerbau!..

Takpe2..kita dah nampak..apakata set kat minda..kita salah orang..fikir yg baik2 jer tentang kawan baik kita ni..tak sangka kan orang yg kita anggap idola..rupenya hanya lakonan semata..mujur la bukan kat kampung..kalau tak..tobat maksiat..kita nak campur..hahaha..

Hari ni hari nko kantoi..mana tau esok lusa tulat ari kita pulak..buat tak kenal sudah..rahsia simpan..keburukan tutup..cuma dalam hati takkan takde rasa pape kot..!?

Ingat ye..dunia ni kecik je..sejauh mana kita pergi pun..ikhlaskan hati..Tuhan tak pandang akhlak..manusia yg pandang..Tapi tanpa akhlak pun amalan tu boleh ke Tuhan terima? Fikirkan la sendiri..nko dah besar panjang..tau dan paham mana baik mana buruk..mumaiyiz la katakan..huhuhu..

Harap jangan lagik dipertemukan dengan cara yg demikian..segan nak menjawab nanti bila ditanya..simpan sendiri cukup la yerk..

Assalamualaikum..

MyFLA

Arini banyak pulak yang send mesej tanya pasal kerosakan sementara pada lappy masing-masing. Lecehnya nak jelaskan satu persatu tentang cara penggunaan yang betul dengan lappy. Tak semua orang mudah nak terima komentar yang negatif. Maklum aje la kan. Lappy mereka suka hati mereka la nak guna cara camne pun kan? Cuma masalahnya sekarang kebanyakan para pengguna lappy ni kurang amik perhatian tentang perisian-perisian asas yang penting bagi lappy diorang. Bila dah jadi sesuatu yang tidak mereka tak sangka atau jangka mula la panik. Apa nak buat sekarang!? Awak jugak yang tukang jadi tuan penasihat. Sebenarnya tak susah nak jaga lappy ni. Kita perlu tau apa yang penting dan apa yang terbaik untuk sistem operasi lappy kita. Di internet pun banyak laman-laman yang menerangkan kepada kita perisian-perisian yang penting untuk lappy kita bahkan ada yang percuma lagi. Jadi sekarang biar saya kongsikan dengan anda beberapa program yang sesuai untuk lappy untuk diinstall dan digunakan.

Saya mulakan dengan yang percuma la..nak beli haram kejadah malas nak keluarkan belanja..betul tak? Hahaha.. Ok.. Perisian yang pertama yang perlu ada dalam lappy kita adalah;

  • Penyelenggaraan Dan Penambahbaikan – Ccleaner, Defragler, Speccy – Ketiga tiga perisian ini anda boleh dapatkan di laman-laman sesawang yang memberikan perisian percuma antaranya;
  1. filehippo.com
  2. brothersoft.com
  3. softpedia.com
  4. softwaregeek.com

Cukup dulu tiga jenis perisian penting malahan percuma ni untuk lappy anda..kalau banyak-banyak nanti bingung pulak tak tau apa fungsinya. Cuba dulu ok. Segala penjelasan dalam bahasa global ada dinyatakan sebelum anda muat-turun perisian-perisian tersebut. Kalau bebetul tak paham leh kongsi ketidakfahaman anda tu dengan saya. Kita tengok bagaimana prestasi lappy anda setelah menggunakan perisian-perisian tersebut.

Jumpa lagi di post yang akan datang..

MyDLA

Dah lama aku tak mengarang..mengarang citer yg tak tentu latar belakang..memang..memang idea aku dah makin kurang..tapi takkan aku nak terus macam sekarang..takkan laa..

Dah lama aku nak tanya orang..mereka2 yg pernah aku sayang..sampai sekarang..soalan tu tetap terngiang2..agak2 mau ke diorang berterus terang…!?

Dah lama aku diberi peluang..mencari kesinambungan dalam setiap sepak terajang..dalam semua keindahan yg terpampang..untuk mencipta kebahagiaan ke setiap simpang dan ruang..

Dah lama aku digebang..dijolok2 dengan tipu daya syaitan dalam bentuk manusia tempang..kau hanyut itu ko pegang..aku hanyut aku akan berenang..biar sampai ke seberang..

Dah lama aku dok cadang2..benda elok bagus dicanang2..biar semua orang pandang..biar semua orang bengang..lu sape nak halang2..lu sendiri cakap kubur masing2 bang..gampang!!!

Dah lama aku pandang..orang2 bangang sibuk bangkang2..bende kecik pun nak direwang2..macam takde bende lain boleh sembang..balik2 kes curi tulang dengan curang..macam kongkang!!!

Dah la aku karang..dah merepek pun agak panjang..sampai mata pun dah terbuntang..tengok huruf bengkok bengkang..jumpa nanti di lain bidang dan maju jaya aku doakan..buat mereka2 dan diorang2 yg aku sayang..selamat petang.. Rawang!!!