MyWPB

Salam,
Ini adalah WordPress Blog saya yang pertama. Selamat Membaca. Ingat senang nak setup semua ni tapi rupa-rupanya lebih sudu dari kuah. Hahaha. Entah apa-apa entah. Orang berblog saya pun nak berblog tapi hakikatnya haram tak tau apa sebenarnya function blog ni. Banyak yang kene belajar lagi. Lepas satu satu. Lepas dua dua. Kekadang tak sempat yang tiga. Empat dah keluar dulu. Apa boleh buat. Blog ni berfungsi untuk mengonlinekan apa jua aktiviti yang berlaku dalam hidup realiti untuk dikongsikan dengan dunia cyber. Para pembaca pulak tak pilih bulu. Asal tergerak nak membaca blog mereka akan terus stay membaca setiap ayat dan glosari yang ada dalam blog yang mereka layari.

Leceh gak nak selalu update blog ni. Sebabnya kalau dah sibuk dengan aktiviti harian masakan sempat nak berblog bercerita tentang itu dan ini. Hihihi. Penat tu kalau nak sentiasa berblog. Tapi kalau yang memang berminat dan takde sape-sape yang melarang dia dari berblog. Itu takde masalah langsung. Just cucuk berokband buka Mozilla Firefox dan boleh berblog,

Ok. Dah siap dah satu post dalam blog ni. Susah tak? Hahahaha. Jumpa lagi nanti dalam post-post seterusnya.